Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


5154
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
5154



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 18-Dec-2007 13:52
Rombongan Che Mah Ke Tawau ( Part 1)
14 Disember 2007

Pukul 7.30 rombongan Che Mah ke Tawau bergerak dari rumah. Teman, emak, abah dan adik teman naik Hyundai. Pengantin, Bidi dan Din satu kereta lagi dengan satria WKH. Angah dan wife dia Mizah turun dari Tapah semalam lagi dah. Jaja kami ambil di Kajang dan terus parking kereta kat sana.

On the way tak ada masalah. Berhenti sekali di R&R Tapah bersarapan. Lepas tu cargas ke Kajang. Sampai dekat dekat nak pukul 12. Angah sampai tak lama lepas tu dengan bawak nasik bungkus.Kami mencekik dulu takut lapor.

Jam 1 Van sampai. Terima kasih Art sebab uruskan pengangkutan ke KLIA. Radhi Salam, Alang Kassim dan Wak J pun turut sama hantor.Udah macam nak pegi ke Mekah je.Sampai KLIA dekat-dekat nak pukul 2.

Ikut dalam jadual flight gerak 3.25pm sekali delay daaaa. Mungkin sebab hujan lebat dan ribut petir diluar nun. Berjanggut juga la menunggu. Naik AirAsia biasa le,kena berebut, free seat. Kami dapat duduk dalam group kecuali angah dan Mizah saja saja nak duduk kat belakang.Flight gerak jam 4.20 deleay hampir Sejam

Dalam perjalanan tiada masalah, excited la sebab ada antara kami yang first time naik flight hehe. teman dah pernah dah pi KK 7 tahun lepas naik MAS.Akhirnya jam 7.05pm kami selamat mendarat di Tawau. Alhamdulillah.

Di Tawau rombongan kami ditunggu oleh 2 buah Hilux dan sebuah Gen 2. Kami dibawa ke tempat penginapan di Hotel Haritage Tawau..jarak dari airport Tawau dalam 30-40 minit perjalanan naik kereta. Cek in saja terus kami dibawa ke rumah pengantin di Kampung Hill Top.

Ada makan-makan rupanya. BBQ.Semua bakar. Ayam ada, kerang, ikan, Ketam pun ada..apa lagi belasah la!!Kenyang le. Lupa nak cerita. Rumah Ana (pengantin perempuan) ni di cerun bukit. Nak sampai kena turun kira kira 50 anak tangga. Jangan kan Che Mah..aku pun tumpor kalau ulang alik selalu.

Selesai je kenal-kenal deme hantor pulak kami ke Hotel..jaraknya dalam 5-10km je. Sampai hotel bersihkan diri.Apa lagi tidor leeeee..Teman, Angah epan Bilik 204. Group perempaun 203. Yang lain bilik 2008. Selamat malam Tawau


SAMBUNG PART 2..

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.